..






-> For futher information on advertising at
our web site, please
contact us at
webmaster@olalspj.
com



SEKOLAH KEBANGSAAN LA SALLE PETALING JAYA



SEJARAH SEKOLAH

Sejarah La Salle bermula dengan Brother Lawrence Spitzig selaku Director St. John's mendapat tanah seluas 10.4 ekar. Sementara mendapat geran dari Jabatan Pendidikan dan Pejabat Daerah, seramai 168 orang murid (iaitu 1 kelas Tingkatan 1 dan 3 kelas Tahun 1) menumpang di bangunan Sekolah Menengah Katholik Petaling Jaya. Encik Hew Weng Kong telah ditugaskan sebagai penyelianya pada tahun 1959 .

Kerja pembinaan bangunan bermula pada 9 Disember 1959 . Pada tahun 1960 , Encik Reggie Pereira dilantik sebagai Guru Besar. Kelas-kelas dari Sekolah Menengah Katholik berpindah ke bangunan lama Sekolah Menengah La Salle pada 19 Jun 1961 . Pada Mei 1962 , Brother Cronan Curran pula dilantik sebagai Guru Besar. Beliau dengan bantuan ibu bapa dan dermawan telah berjaya menambahkan bilik darjah sekolah menengah dan kantin sekolah.

Pada 20 Mei 1965 , Brother Alban Rozario mengambil alih teraju Guru Besar Sekolah Rendah La Salle, Petaling Jaya. Dengan kerjasama ibu bapa dan dermawan serta guru-guru, bangunan baru 4 tingkat dapat dibina berhampiran Jalan Chantek. Murid-murid berpindah ke sana pada 8 Oktober 1968.

Pada 1 April 1972 , Brother Sebastian Leo menjadi Guru Besar. Di bawah pimpinan beliau, sebuah dewan serbaguna dibina pada tahun 1978. Apabila Brother Leo bersara pada 5 September 1979 , Encik Ng Cher Chai menyandang jawatan memangku Guru Besar sehinggalah Encik John Ng Soo Chai dilantik pada 1 Januari 1980 . Di bawah Encik John Ng sebuah perhentian bas dan 4 buah gelanggang badminton/sepak takraw dibina untuk kegunaan murid-murid.

Encik Ng Cher Chai mengambil alih teraju pimpinan apabila Encik John Ng bersara pada 9 April 1984 . Beliau membuat beberapa perubahan untuk keselesaan dan kemajuan guru dan murid. Beliau telah membuat satu sudut rehat untuk murid di tepi dewan. Seterusnya antara 1986 – 1987 , sekolah dapat membina sebuah bilik muzik, gelanggang serbaguna, memasang atap perlindungan hujan, menukar kerusi meja murid, membeli komputer untuk kegunaan guru dan menubuhkan pancaragam brass sekolah. Pada tahun 1991 , bilik perpustakaan dan surau dapat dibina dengan kerjasama PIBG. Pada hujung tahun 1993 tembok antara sekolah menengah dan rendah didirikan. Tempat letak motosikal dibina pada tahun 1997 . Pada 1998 , sebuah perpustakaan baru yang terletak di tingkat atas dewan sekolah telah dibina. Perpustakaan lama telah diubahsuai sebagai bilik Kemahiran Hidup dan SPBT.

Jawatan Guru Besar diambil oleh Puan Yeoh Mee Ee pada 28 Ogos 1999 . Projek PIBG membina kantin dan bilik komputer telah disiapkan pada tahun 2000 . Kelas komputer untuk para pelajar bermula pada tahun tersebut. Demi keselamatan murid-murid, sebuah pondok keselamatan telah didirikan di tepi pintu pagar besar, Selepas setahun, beliau telah bertukar ke Klang dan Encik Yeo Sai Lim telah mula memegang jawatan guru besar sehingga sekarang.

Sepanjang perkhidmatan Encik Yeo sebagai guru besar di sekolah ini, beberapa projek anjuran PIBG telah disempurnakan sejak beliau menjalankan tugas di sekolah ini. Antaranya ialah pembinaan pagar konkrit sekeliling kawasan sekolah , kerja-kerja membaikpulih padang sekolah, tandas sekolah, atap bumbung sekolah serta kerja-kerja memperbaharui pendawaian dan alat-alat elektrik, pelengkapan sistem P.A dan televisyen di dewan, pengecatan semula bangunan sekolah dan dewan, pelengkapan sistem ICT di kawasan sekolah dan pengubahsuaian bilik sumber. Satu lagi projek besar yang diusahakan oleh PIBG pada tahun ini ialah pembinaan semula bangunan surau , bilik Kemahiran Hidup dan SPBT.


Senarai nama Guru Besar SK La Salle Petaling Jaya
         
DARI
05-01-1959
hingga
31-12-1959
Encik Hew Weng Kong
01-01-1960
hingga
30-04-1962
Encik Reggie Pereira
01-05-1962
hingga
19-05-1965
Rev. Bro. Cronan Curran
20-05-1965
hingga
31-03-1972
Rev. Bro. Alban Rozario
01-04-1972
hingga
05-09-1979
Rev. Bro. Sebastian Leo
01-01-1980
hingga
09-04-1984
Encik John Ng Soo Chai
10-04-1984
hingga
27-08-1999
Encik Ng Cher Chai
28-08-1999
hingga
26-08-2000
Puan Yeoh Mee Ee
27-08-2000
hingga
sekarang
Encik Yeo Sai Lim


[ Back ]